Wednesday 29 January 2014

Demam. Passport. IDFR

:: Salam ::

Sihat kawan-kawan?? sihat? Syukur Alhamdulillah. Aku pon dah sihat setelah dua hari tak sedap badan dek kerana demam. Demam berisi?? ehh nonono. Demam pikir nak posting ni kot. Yela kan macam-macam nak kene buat utk posting ni. Sampai terdemam-demam kau. Tapi demam kali ni best sikit. Hubby dengan rela hati amik EL. Aku tak tau pon die EL, aku sedar tengok jam dah pukul 7.30 tengok die tido lagi. Aku kejutkan die tanye, "b..baju dah iron ke?" dengan mata tertutup die jawab "b EL harini teman syg". Confirm la aku happy!! Aku bakal menjadi king of the day la nampaknye. mihmihmih. Tapi yang aku sakit hati sikit, aku yang tak sihat die pulak yang tido tak mau bangon.Betuah betol! Seharian kami besantai mewah dirumah. Syurgaaaaa..

Harini aku dah sihat so keje la mcm biasa. Tadi baru dapat surat dari Wisma Putra pasal aku dah boleh buat passport. Yeayy dah boleh buat passport. Yeayy yeayy!! Aku dengan Kak Intan (PA yang akan posting Korea) dah eksaited nak arwah. Yelah dah kembang pongkok ni duduk saja kat sini. Dah dapat greenlight buat passport ni suka la dapat la keluar jalan-jalan atas tiket urusan rasmi. Kihkihkih. Tapi tengah-tengah kami eksaited tuptup kami dengar Kak Tibah(PT yang arrange kami) call wisma putra untuk inform yang kami nak datang sana urus passport bagai. Tapi dengan kewica tahap gaban kami still tak boleh buat passport lagi. Sebabnya kami tak attend course kat IDFR. Haritu JPA cakap kami tak payah pegi, rupanye Wisma dah wajibkan suro pegi jugak. Berpusing kepala woiii!!!!!

Gila pusing wehh.. Yela course tu seminggu lepastu pasangan pon kena attend sekali. Bagi tau last minit gini, dengan suami nak apply cuti dengan nak urus passport visa bagai dengan nak packing barang. Semua tu amik masa tu. Serabut otak comel aku ni. Sekarang ni PP sini nak deal dgn orang wisma, mintak kami dua dikelualikan sebab masa dah suntuk sangat. Harap-harap lepas la. Lega la sikit kan. Korang doa-doakan la jugak eh. Btw semalam Selangor menang! Go red giant go!!

Nota kaki: Jangan senang-senang ingat senang nak dapat posting ni. N bile dah dapat tu jangan senang-senang ingat sesenang je nak uruskan semua ni. Fizikal dan mentel kena kuat beb!

1 comment:

한나Zakharshi said...

beb.. ko dapat posting luar negara ke. uuu.. nak. buatlah entri mcm mana nak apply..