Monday 1 September 2014

Darwin Museum



Last week kami berempat with is kite, asben, kak dee and abg zul pegi Darwin Museum http://www.darwinmuseum.ru/eng/ . Fyi darwin museum ni yang konon dia cakap manusia ni asalnye dari beruk. Memandai je teori dorang ni kan. Beruk ada otak je tapi tak ade akal mcm kite. Manusia yg ade akal mcm beruk tu ade la. Beruk makyei namenye. Haha. 

Dalam museum tu macam2 jenis minatang ade. Semua minatang betol tapi dah diawetkan la. Kang xawet mau sorang2 jadi lauk. Dari ahli keluarga musang sampai la ke dinosaur.  Memang kalau pegi sini riuh. Sini nak tengok, sana nak tengok. Bukan je budak2 je eksaited, mak budak,kakak budak haa nenek budak pon eksaited taw. Memang kagum la tengok museum sini. Banyakkkk giler minatang kat sini. Takyah gi zoo pon takpe. Huhu. 

Nak cite pasal tiket fees dia ni. Masuk sini patutnya kena bayar Ruble300 tiap sorang. Pastu kena tambah Ruble100 untuk setiap gadget yg korang pakai untuk snap pictures. Tapi kami cantik lebih kot. Kami berempat just kena bayar Ruble100 je. Tak tau la acik jage kaunter tu tak kire tiket kami ke idok. Tapi kami memang dapat tiket sorang satu. Lepas dapat tiket kami pon teros je masuk museum. Bukan tak nak tanya balik kat kaunter tu tapi bukannye dia and kami paham. Masalah komunikasi yg sgt payah. So kire rejeki kami jela. Huhu.

Lepas dah abis tawaf museum darwin yang bertingkat2 tu kami pon ke Lenin Hills. Aku beriye dok ngajak pegi situ nak naik buaian gantung, alaa yg mcm cabel car tu. Haa aku sesuke je bg nama buaian gantung. Hihi. Haa pasal tiket buaian ni pon ade cerita. Sampai kat kaunter kami tengok Ruble200. Yang kami paham hanye la nombor. So kami pon naik buaian gantung. Hati girang naik buaian tu sebab layan view moscow from the top. Nampak la bandar moscow. Bila sampai kat hujung, kami nak buat turn, tup2 orang jage tu suro turun! Asben den cakap la, "nyet nyet, uturn!" Teros org jage tu jerit, "nyet nyet!!". Rupenye Ruble200 tu utk one way sahaja!!! So nak balik semula kena bayar lagi Ruble200!! Dasyat kan Russia ni buat duit. Memang patut la negara dia kayoo! 

Ok jom layan some pictures! Enjoy!! 











Monday 18 August 2014

Masih Bernyawa

:: Salam ::
Rasanya last posted sebelum fly ke sini. Sekarang dah nak lima bulan.
Tak tau mana nak start. Tapi janji nanti kite jamak kan semua gambo and cerita. 

Harini just nk cakap sepanjang 5bulan kat sini, dah bole terima dah. Alhamdulillah.

Ok dah la. 
Bye.

Monday 31 March 2014

Я люблю Москву

:: Salam semua::
Nampak tulisan tebalik pelik-pelik tu. Kalah tulisan cacing trengkas ok. Dah la eja lain sebut lain. Makin pening aku.  Eh btw aku dah selamat tiba di bumi MOSCOW, Rusia. Tempat yang tak penah ade dalam kotak fikiran aku. Aku bersyukur kehadratMu illahi kerana diberi peluang ini. Alhamdulillah.

Ekceli aku dah seminggu lebih sikit tiba sini. Kalau korang tanye aku best ke tak sini, nak tak nak aku kena ckp best sbb aku akan menetap sini untuk 3tahun, InsyaAllah. So utk first week ni aku mmg akui sini lain dari Mesia. Serba-serbi lain. orangnye lain, makanannye lain dan paling pelik adalah CUACA. Kenapa cuaca?? Sebab sini all the time cuacanye SEJUK! even dia ade 4musim pon sini tetap pakai sweater all the time ye. 

Aku punye boss sangat-sangat BEST!! ini seriyes!! boss muda tapi sangat chill!! Happy gila dapat boss mcm dia. Baik, stylo, cun, pemurah, kuat keje n mmg aku sgt adore die. I wish i can be like her. Amin. Ehh snow turun. First time for me!!Wahhhhhh *iklan jap*

Weekend aritu kami jalan-jalan sikit. Sabtu jalan dengan boss n her husband. Ahad pulak kami laki bini jalan sendiri. Sini pegi mana-mana senang. Public transport sgt convenience. Metro die laju gila even huduh sikit la dari LRT kita tapi mmg sgt convenience!! Kami pegi Red square, Kremlin, St.Basil and Gorky Park. Dah pegi tempat orang tu so mmg cantik la kan. Kagum la, tempatnye bersih sgt. 


nota kaki : Jauh mana pon kita pergi, Malaysia tetap di hati.
Gambo nanti ye. emmuahh

Wednesday 29 January 2014

Demam. Passport. IDFR

:: Salam ::

Sihat kawan-kawan?? sihat? Syukur Alhamdulillah. Aku pon dah sihat setelah dua hari tak sedap badan dek kerana demam. Demam berisi?? ehh nonono. Demam pikir nak posting ni kot. Yela kan macam-macam nak kene buat utk posting ni. Sampai terdemam-demam kau. Tapi demam kali ni best sikit. Hubby dengan rela hati amik EL. Aku tak tau pon die EL, aku sedar tengok jam dah pukul 7.30 tengok die tido lagi. Aku kejutkan die tanye, "b..baju dah iron ke?" dengan mata tertutup die jawab "b EL harini teman syg". Confirm la aku happy!! Aku bakal menjadi king of the day la nampaknye. mihmihmih. Tapi yang aku sakit hati sikit, aku yang tak sihat die pulak yang tido tak mau bangon.Betuah betol! Seharian kami besantai mewah dirumah. Syurgaaaaa..

Harini aku dah sihat so keje la mcm biasa. Tadi baru dapat surat dari Wisma Putra pasal aku dah boleh buat passport. Yeayy dah boleh buat passport. Yeayy yeayy!! Aku dengan Kak Intan (PA yang akan posting Korea) dah eksaited nak arwah. Yelah dah kembang pongkok ni duduk saja kat sini. Dah dapat greenlight buat passport ni suka la dapat la keluar jalan-jalan atas tiket urusan rasmi. Kihkihkih. Tapi tengah-tengah kami eksaited tuptup kami dengar Kak Tibah(PT yang arrange kami) call wisma putra untuk inform yang kami nak datang sana urus passport bagai. Tapi dengan kewica tahap gaban kami still tak boleh buat passport lagi. Sebabnya kami tak attend course kat IDFR. Haritu JPA cakap kami tak payah pegi, rupanye Wisma dah wajibkan suro pegi jugak. Berpusing kepala woiii!!!!!

Gila pusing wehh.. Yela course tu seminggu lepastu pasangan pon kena attend sekali. Bagi tau last minit gini, dengan suami nak apply cuti dengan nak urus passport visa bagai dengan nak packing barang. Semua tu amik masa tu. Serabut otak comel aku ni. Sekarang ni PP sini nak deal dgn orang wisma, mintak kami dua dikelualikan sebab masa dah suntuk sangat. Harap-harap lepas la. Lega la sikit kan. Korang doa-doakan la jugak eh. Btw semalam Selangor menang! Go red giant go!!

Nota kaki: Jangan senang-senang ingat senang nak dapat posting ni. N bile dah dapat tu jangan senang-senang ingat sesenang je nak uruskan semua ni. Fizikal dan mentel kena kuat beb!

Friday 24 January 2014

Kejutan Budaya!!

:: Salam ::

Keletihan.
Kemengantukkan.
Kebosanan.
Keterujaan.
Kuss semangat!!

Fyi korang, aku sekarang telah ditempatkan di JPA, PUTRAJAYA!! iye Putrajaya!! Tempat paling aku lemah sekali. Lemah dari segi jalannye, parkingnye dan tempat-tempatnye. Esspeciallynye tempat shopping.  Yela dulu aku keje KL, mcm-mcm tempat aku merayap. Tapi tetap sogo jugak di hati, haa sekarang aku antara manusia yang akan menjadi pengunjung setia Alamanda tu.  

Sekarang aku bangon awal wehh.  Korang bayangkan la aku bangon seawal 5.30 pagi tapi tiap 5minit aku snooze sampai 5.45 pagi. hehe. Mandi siap-siap pakai baju amik wuduk, abis je azan, teros solat then teros bergerak ke Putrajaya dari KL.  Letih woii drive awal-awal subuh gitu. Tapi aku tak sangka jugak pukul 6lebih mcm tu pon dah banyak kereta. Aku ingat aku la manusia paling awal pegi keje. Ternyata aku silap beso. Pukul berapa tah dorang bangon tu kan. Drive pagi-pagi ni aku mmg duduk line kanan jela. Tekan minyak and pegang stereng kuat-kuat. 

Hari pertama aku lapor diri aku lewat. Tapi dimaafkan la sebab lapor diri belom dapat punch kad lagi, so ak nekad nak keluar awal sikit. Hari kedua pon aku lewat sebab aku pilih jalan MRR2!! Gila babeng jem!! Rasa nak menjerit kuat-kuat, stress duduk dalam kereta lama-lama. So aku plan nak tukar jalan esoknye. Syukur hari ketiga dan seterusnya baru la aku on time. Dah dapat bajet jalan mana yang oke and timing masa baik. Alhamdulillah.

Sampai je Putrajaya teros je parking mana petak kosong. Aku tengok kiri kanan kereta aku orang letak nombor telefon, aku pikir dorang ade buat jualan ke hape ke. Time nak balik, baru la aku tau fungsi letak nombor telefon tu, kereta kena blok!! bukan sebijik kete bukan jugak dua, tapi belapis-lapis aku kena blok. Elok aku nak chow sharp 4.30 dah delay. Kena la call satu-satu, dah call tu bukannye dorang turun cepat, amik masa jugak tu. Naseb la aku dilahirkan sebagai insan yang bersabar. cewahh. Now aku da tau port mana yang parking takkan diblok, yess!! cuma aku kena awal la. Kalo lambat aku la blok dorang pulak. mihmihmih. Sekarang aku rindu nak gi keje merempit dgn suami aku. 

Kat sini aku duduk kat admin. Kelompok yang ramai orang. So kalo dah ramai orang confirm la banyak ragam. Aku bukan jenis sombong tapi aku tak suka amik tau hal orang. Macam-macam peel dorang ni. Tapi bia la asal kan dorang bahagia and tak kacau aku. Kalo nak tengok aku mengaum kacau la yang bukan-bukan. Dah 2 minggu aku kat sini, boring tu jangan cakap la. Aku sekarang tengah buat attachment. Attachment tu means aku kena duduk setiap unit dalam bahagian ni utk tau serba sedikit ape keja dorang yang ada kaitan dgn keja aku nanti. So far Alhamdulillah la boleh la catch up sikit-sikit. 

Aku rindu tatin. aku rindu injun. aku rindu soping sama-sama dengan dorang. Asal gaji je kite mesti kua kan. Sekarang masing-masing dah jauh! Nangis!

Rindudududu :'(


Wednesday 22 January 2014

Hello 2014. Im Back!!

:: Salam ::
Jeng jeng jeng... im back guys im back!!! Yesza niesa, bangga la kau setahun lebih blog ko tak berusik. Konpem orang ingat ko da selamat bersemadi wahai blog. Kesian. Maapla blogku masham, aku tak busy pon cume kurang rajin je. mihmihmih.

Nak flashback cerita 2012 dan 2013 selaju The flash! Jommmm..

23 Nov 2012. Wehuuuuu im married!!! 
Malam Berinai. Tau tak baju berinai ni masih dalam lemari. Butik lupe nak amik n aku pon lupe nak pulang. Sedokah la jawapannye.

Outdoor bersanding ni buat kat Istana Negara Lama kebetulan aku keje kat situ. Kami pengantin pertama yg shoot situ tau. Jovian tu second ye.

Bridesmaids paling lawa penah aku jumpa!! i love u kawan!! ciom!
Bertandang. Pon outdoor kat dalam Istana Negara Lama. Kau mampooo??

Honeymoon kat Mabul Island, Sabah je pon
Dah kat Sabah tu kami transit la 2 malam kat KK. Dapat la jumpa anak buahku.
 Rasanye tu cerita 2012. Ending 2012 yang sangat bahagia. Bahagia gila wehh dapat suami. Rasa selamat sangat dah ada suami. walaupun suami aku tak sado tapi aku tetap rasa selamat. Sentiasa dilindungi. Oh suami, i love u so strong!! Padahal dah setahun kawen tapi baru nk review cerita. haha. kelaka kelaka.

Ok now nk review 2013 memories pulak. Jommmm

Start 2013 bawak anak buah n adik ipar jenjalan icity
kerokedail ai takut la!!

Yang ni pon aku dah tak tahan sejuk, apetah lagi yang akan datang tu. Frozennnn
Jenjalan sini pulak dalam bulan 3 2013. KOT

Lepas tu pi sini. Menyesal pakai shawl. Serabai!

Celebrate mai burfday kat sini. Heaven!! Tengs suami!
Penang pulak! surga makanan!! Bestttt!!
My family. Tapi sayang tak cukup korum lagi. n this 1st year as a wife! wink wink
Family suami
Hujung taun aritu kami ke Krabi. Aku mabuk laut terok weh!! Time ni tengah basuh baju kene muntah! muahahah
Yeayy tercapai naik gajah! imma happy girl!!
Dah la tu kan.. Aku sendiri pon meluat tengok aku buh banyak2 ape tah lagi korang. Haha. Semoga 2014 ni dapat jalan-jalan lagi sambil berusaha untuk dapat orang ketiga. Chaiyook!! Adios.

Wednesday 25 April 2012

My 24 on 24 April

:: Salam ::

Halluuuuuu
Harini 25 April. Payday wehh. yabedabeduuu masyuk berganda bulan ni. mau nye idok. masing-masing dapat tunggekkan 13% . Syukur Alhamdulillah. Semoga dengan gaji baru ni kite semua dapat bekerja dgn lebih komited.cemerlang , gemilang dan terbilang. eh rindu plak kat Pak Lah. Selamat bersopink kawan-kawan. sopink ingat-ingat hutang yg perlu disetelkan ye. 

Semalam 24 April 2012
Sudah genap umurku 24 tahun pada 240412!! oke umur saya makin bertambah tapi tetap kekal maintain mcm 16taon!! Rahsia?? banyakkan perasan ye!! hihihi. Korang.. semalam kan kite rase dah mcm puteri kayangan langit ke 7belas dah tau. kenapa?? sebabnye.. 

Siang 24 April
Pagi-pagi gi keje, nunang anta kan. seronok jgk kete masuk bengkel. ngam-ngam timing. hihi. Dihanta gi opis siap dibekalkan nasi lemak paru yg menimbun paru die weh. kenyang sampai takyah lunch! thanks nunang. wovee u!! Dah anta gi keje, petang tu plak dijemput weh!! Ingatkan naik moto je. tup tup nunang bwk kete. eh nunang pakai tshirt je!! ciss kuang asam die halfday rupenye!! ohh u so sweet baby!! wovee u!! tapi mane hadiah ni?? takde ke?? *itu cakap dalam hati je* hehehe

Malam 24 April
Nunang jemput nak bawak gi dinner. die cakap nak gi The Curve. tapi tak bagi tau kedai ape. Die pesan satgi kene menyanyi. Haa?? nyanyi?? eii takmau la.segan la. Tapi tangan ni laju carik channel radio best-best nak pektis nyanyi. dalam segan tak nak tu carik jgk. hihihi. Sampai je The Curve, die bwk gi Garden Lifestyle Store & Cafe, decorationnye english style. cantik!!!
Perot memang dah lapa, teros je order main dish dgn appetizer. Tengah sedap menikmati appetizer, tibe-tibe.. jeng jeng jeng.. bekumandang suare sumbing nyanyi happy birthday dari belakang. Pusing je belakang, ku lihat my besties PAs bwk kek!! omaigod omaigod!! aku sampai toleh dua kali tak caye yg dorang datang!!! B..u kejammm!! bile mase tah die planning sume ni!! siyes jantung mak dah loose. nasib tak terjatuh je!! sumpah suprised gile!! unexpected gileeee!! rase nak nangis tapi tak kua air mate!! dah tak leh nk ckp perasaan aku time tu cam mne!!  

Ya Rabbi.. aku bersyukur sangat ade insan-insan yg best dlm hidup aku!! sumpah semalam adelah hadiah birthday yg paling bermakne dlm hidup aku!! korang mmg buat aku happy sgt semalam. otw balik smlm tak henti2 thanks to my lovely fiancee!! Even die wat muke selambe je tp ak tetap besyukur!! Jom layan pic dari hadiah nunang bg aku!! wieeeeee *muke bahagia*

Tatin and incun. express tatin nye makanan. heee

Asma, jija, wani (OP) and lily merah cm baru abis betunang. kihkihkih

Tatin again and Zai plus my choc indulgence cake. mmg ngidam nk cake ni!!

Xera and incun

Love them. Wani jd OP

ni die penjaya majlis!! tembak lu!!!

ohh my segalanya!! tenkiu yang. nxt year lg gempak k!! haha 


From mr.nunang!!!

From besties PAs


P/s : maafla teteleng kepale korang. taleh rotate pulak. saje sabotaj!! anyway thanks to Syairul Nazmi , Tatin, Wanie, Jijah, Incun, Xera, Asma, Zai and Lily!! u rawk my world bebeh!!!! love uolsss!!!