Wednesday 25 April 2012

My 24 on 24 April

:: Salam ::

Halluuuuuu
Harini 25 April. Payday wehh. yabedabeduuu masyuk berganda bulan ni. mau nye idok. masing-masing dapat tunggekkan 13% . Syukur Alhamdulillah. Semoga dengan gaji baru ni kite semua dapat bekerja dgn lebih komited.cemerlang , gemilang dan terbilang. eh rindu plak kat Pak Lah. Selamat bersopink kawan-kawan. sopink ingat-ingat hutang yg perlu disetelkan ye. 

Semalam 24 April 2012
Sudah genap umurku 24 tahun pada 240412!! oke umur saya makin bertambah tapi tetap kekal maintain mcm 16taon!! Rahsia?? banyakkan perasan ye!! hihihi. Korang.. semalam kan kite rase dah mcm puteri kayangan langit ke 7belas dah tau. kenapa?? sebabnye.. 

Siang 24 April
Pagi-pagi gi keje, nunang anta kan. seronok jgk kete masuk bengkel. ngam-ngam timing. hihi. Dihanta gi opis siap dibekalkan nasi lemak paru yg menimbun paru die weh. kenyang sampai takyah lunch! thanks nunang. wovee u!! Dah anta gi keje, petang tu plak dijemput weh!! Ingatkan naik moto je. tup tup nunang bwk kete. eh nunang pakai tshirt je!! ciss kuang asam die halfday rupenye!! ohh u so sweet baby!! wovee u!! tapi mane hadiah ni?? takde ke?? *itu cakap dalam hati je* hehehe

Malam 24 April
Nunang jemput nak bawak gi dinner. die cakap nak gi The Curve. tapi tak bagi tau kedai ape. Die pesan satgi kene menyanyi. Haa?? nyanyi?? eii takmau la.segan la. Tapi tangan ni laju carik channel radio best-best nak pektis nyanyi. dalam segan tak nak tu carik jgk. hihihi. Sampai je The Curve, die bwk gi Garden Lifestyle Store & Cafe, decorationnye english style. cantik!!!
Perot memang dah lapa, teros je order main dish dgn appetizer. Tengah sedap menikmati appetizer, tibe-tibe.. jeng jeng jeng.. bekumandang suare sumbing nyanyi happy birthday dari belakang. Pusing je belakang, ku lihat my besties PAs bwk kek!! omaigod omaigod!! aku sampai toleh dua kali tak caye yg dorang datang!!! B..u kejammm!! bile mase tah die planning sume ni!! siyes jantung mak dah loose. nasib tak terjatuh je!! sumpah suprised gile!! unexpected gileeee!! rase nak nangis tapi tak kua air mate!! dah tak leh nk ckp perasaan aku time tu cam mne!!  

Ya Rabbi.. aku bersyukur sangat ade insan-insan yg best dlm hidup aku!! sumpah semalam adelah hadiah birthday yg paling bermakne dlm hidup aku!! korang mmg buat aku happy sgt semalam. otw balik smlm tak henti2 thanks to my lovely fiancee!! Even die wat muke selambe je tp ak tetap besyukur!! Jom layan pic dari hadiah nunang bg aku!! wieeeeee *muke bahagia*

Tatin and incun. express tatin nye makanan. heee

Asma, jija, wani (OP) and lily merah cm baru abis betunang. kihkihkih

Tatin again and Zai plus my choc indulgence cake. mmg ngidam nk cake ni!!

Xera and incun

Love them. Wani jd OP

ni die penjaya majlis!! tembak lu!!!

ohh my segalanya!! tenkiu yang. nxt year lg gempak k!! haha 


From mr.nunang!!!

From besties PAs


P/s : maafla teteleng kepale korang. taleh rotate pulak. saje sabotaj!! anyway thanks to Syairul Nazmi , Tatin, Wanie, Jijah, Incun, Xera, Asma, Zai and Lily!! u rawk my world bebeh!!!! love uolsss!!!

Thursday 5 April 2012

1month anniversay

:: Salam ::
Daokan kwn-kwn kite sume sihat sejahtera dan dilindungi yang maha esa. Aminnn
Harini Khamis, 5 April 2012, 12 Jamadil Awal 1433H
Sudah genap la angka sebulan kite jadi warga Jabatan Warisan Negara
kite diletakan kat Bahagian Warisan Tak Ketara. Pliss jangan tanya kite ape yang ketara and ape yang tak ketara tu eh
Sbb dari 1st day lapor diri kat sini sampai la ke saat ini kite still dok tecongok kat HR!!
Ketika menaip ni sedang duduk kat meja kakak PT HR yang cuti besalin. Menompang!!
Seriyes tak berapa gemar. bukan ape, yela dah name menompang kan
so ape yang nk kite nak wat kt pc or meja sumenye tebatas
kang org cakap over shadow owner plak

Jabatan Warisan Negara??
ermmm so far best la
orang-orangnye??
Alhamdulillah.. good-good semuanya. lagi-lagi warga HR ni. sangat friendly!!
Ramai jugak yang umur lebih kurang. so takdela dok bekawan dgn warga emas je. hukhuk
Haritu HR buat tournament bowling. confirm la kite join
Best weyh. have fun sangat
Even kalah, kite tetap dapat hadiah. Menang lucky draw yang kite balut sendiri. boleh gitew?

Cepat-cepatlah bos masuk
dah tak keruan nak masuk bilik sendiri. meja sendiri. Pc sendiri
nak bubuh-bubuh gambar sendiri. nak hias cantik-cantik
eleh kalau cantik tapi malas buat kije tak gune la nisa
Nop! this time dah nekad!!
Takmau malas-malas!!
Takmau tangguh-tangguh keje
Go niesa go!!

Before end of story nak amik kesempatan kat PAs semua
Happy Secretaries Week!!
Kalau ade extra invitation tu, jangan segan jangan malu kasik hello kite!
hehehehe
Sekian


Huhh detik demi detik menghitung hari. macam-macam tak siap lagi
Doakan semuanya selamat. Aminnn 

 

 

Friday 6 January 2012

Takzirah Jumaat

:: Assalam ::

KELEBIHAN ZIKRULLAH (MENGINGATI ALLAH S.W.T)

Sebagimana diketahui dengan berzikir, hati yang gelisah menjadi tenteram dan hati yang keras tidak mahu mendengar seruan ma’ruf (kebaikan) menjadi hati yang sentiasa ingatkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan jauh dari gangguan syaitan yang direjam. Itulah kesan orang yang sentiasa membasahi lidahnya dan melazimkan dirinya dengan zikrullah. Itu diantara kesan orang yang menjiwai zikrullah. Seterusnya mari kita merenung kelebihan zikrullah (mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala) menurut Al-Quran Al-Karim, Hadis Nabi Sallahu Alaihi Wasallam dan Kata Ulama Salafussoleh.

Antaranya:

1) Disediakan Allah Subhanahu Wa Ta’ala keampunan dan pahala yang besar.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tafsirnya:

“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu’min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta’atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu’, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab, ayat 35).”

2) Orang yang sentiasa berzikir Allah ingat kepadanya.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tafsirnya:

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 152).

3) Dengan berzikir hati menjadi tenang.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tafsirnya:

“Ingatlah hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.”

(Surah Ar Ra’d, ayat 29).

4) Berzikir memantapkan iman.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tafsirnya:

“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman (orang yang sempurna imannya) itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah (menyebut sifat-sifat yang mengagungkan dan memuliakannya). Gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Surah Al-Anf aal, ayat 4).

5) Orang yang melazimkan diri dengan zikrullah termasuk Golongan muttaqin(orang-orang yang bertakwa).

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tafsirnya:

“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa .”

“(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?. Dan mereka tidak meneruskan [perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”

“Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”

(Surah Ali Imran, ayat 133 hingga 136).

6) Mendapat balasan berada di barisan depan pada hari kiamat.

Diriwayatkan di dalam kitab Sahih muslim dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu:

Sesungguhnya Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

“Orang-orang yang mufarrid itu berada di barisan terdepan.” Para sahabat bertanya: “ Wahai Rasulullah, siapa orang yang mufarrid itu?”. Nabi Sallahu Alaihi Wasallam menjawab: “ mereka ialah orang-orang zikir (mengingat Allah) baik laki-laki ataupun perempuan.”

7) Termasuk salah satu golongan mendapat lindungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada hari kiamat.

Abu Hurairah Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:

“Ada tujuh orang yang akan dilindungi Allah di bawah rahmat-Nya pada hari yang tiada perlindungan selain dari perlindungan Allah, iaitu Imam(pemerintah) yang adil, pemuda yang menggunakan masa remajanya untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T, lelaki yang hatinya saban waktu di masjid, dua lelaki yang berkasih-sayang satu sama lain kerana Allah S.W.T. mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah S.W.T. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan lagi jelita. Lalu berkata: Aku ini takut kepada Allah. Lelaki yang memberi sedekah dengan disembunyikan sehingga tidak tahu tangan kirinya apa yang diberikan oleh tangan kanannya dan lelaki yang mengingati Allah S.W.T, bersunyi diri sehingga berlinangan air matanya.” ( Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim) .

8) Dengan berzikir secara jamaah dikerumuni oleh malaikat.

Abu Hurairah Radhiallahu Anhu dan Abu Said Radhiallahu Anhu menceritakan bahawa mereka menyaksikan dan mendengar Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:

“Tidak ada jamaah yang duduk sambil berzikrullah melainkan dikerumuni mereka oleh malaikat, diliputinya mereka dengan rahmat, diturunkan ke atas mereka ketenangan dan disebutkan mereka di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala dihadapan mereka yang berada di sisi-Nya.”

9) Berzikrullah dengan berlinangan air mata tidak akan diazab pada hari kiamat.

Disebutkan dalam kitab Fadhail Amal:

Diriwayatkan di dalam sebuah hadis:

“Barangsiapa menangis kerana takut kepada Allah sehingga berlinangan airmatanya itu membasahi tanah maka dia tidak akan diazab pada hari kiamat.”

Di dalam sebuah hadis ada disebutkan bahawa api neraka Jahannam telah pun diharamkan ke atas dua jenis mata:

mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam untuk memelihara Islam dan umatnya dari serangan bangsa-bangsa kafir.

Di dalam hadis lain pula disebutkan bahawa api neraka jahannam telah pun diharamkan ke atas mata yang pernah menangis kerana takut kepada Allah, ke atas mata yang berjaga di malam hari pada jalan Allah, ke atas mata yang tidak memandang ke atas sesuatu yang haram (seperti orang yang bukan muhrim dan sebagainya) dan ke atas mata orang yang gugur pada jalan Allah.

10) Syaitan rebah dan terpukul apabila menghampiri ahli zikir.

Kata Syeikh Abdul Qadir: Apabila zikrullah tetap di dalam hati seseorang dan apabila syaitan menghampirinya nescaya syaitan itu rebah sepertimana manusia rebah apabila dihampiri syaitan.

Menurut riwayat:

Sesungguhnya syaitan itu membelit hati manusia, jika ia berzikir kepada Allah syaitan terpukul. Jika ia alpa, syaitan mewas-waskannya lagi.

Kesimpulan, dengan berzikir orang yang bermasalah menjadi tenang dan tidak mustahil orang yang sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah doanya di dengar dan mudah diperkenankan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Marilah kite perbanyakkan zikir. dari dok ngomel tah pape. dok menyanyi smbil menaip wat kije n ngumpat@mengata bos or kwn2. Allahualam. Just nk remind tok diri sendiri n kwn2 yg dikasihi.

Thursday 5 January 2012

Bonus die

:: Salam ::

Happy New Year uolss. tak de lambat sgt lg kan nk wish kt uolss. kite doakan uolss sume akan lebih baik dari last year. yang mane azam tertunggak tu blh la buat carry foward ye. jangan lak teros delete azam tu!! tak bagus tu

Kembali ke pangkal tajuk. Yess laki den bonus bebulan-bulan!! heyy u!! kite tak paw okee. die yang suke rela mau beli kan itu dan ini. 

Ape yang kite dapat?? wooww mcm-mcm!! bab makan tempat hebak-hebak jgn cite la!! cakap je nk makan ape. kat mane, segera dapat!! Iyee kite mmg beruntung!! lagi untung sbb tu la kite makin sihat dan kuat!! ngeee. mari usha2 ape yg kite dapat.niat bkn nk menunjuk.tp sekadar mencuci mate. alaa bknnye kite dpt rumah banglo 3tingkat or kete caldina pon!! hahaha. tp beware ye syg, next bonus,kite nk sume tu!!hahah

tadaa....

 yepp dpt wayfarer!!

flipflop ini

wristlet (tp kite pnye kaler full itam,kt google tade plak)

yang lg best dlm kad atm ade sejumlah amount utk dibelanjakan !! yahoo!! 
thanks syg!! heart u more n more n more!! meh cemolot!

pssttt..kan best kalo tiap2 bulan ko bonus yang!! mewah den!!hahahaha