Wednesday 29 January 2014

Demam. Passport. IDFR

:: Salam ::

Sihat kawan-kawan?? sihat? Syukur Alhamdulillah. Aku pon dah sihat setelah dua hari tak sedap badan dek kerana demam. Demam berisi?? ehh nonono. Demam pikir nak posting ni kot. Yela kan macam-macam nak kene buat utk posting ni. Sampai terdemam-demam kau. Tapi demam kali ni best sikit. Hubby dengan rela hati amik EL. Aku tak tau pon die EL, aku sedar tengok jam dah pukul 7.30 tengok die tido lagi. Aku kejutkan die tanye, "b..baju dah iron ke?" dengan mata tertutup die jawab "b EL harini teman syg". Confirm la aku happy!! Aku bakal menjadi king of the day la nampaknye. mihmihmih. Tapi yang aku sakit hati sikit, aku yang tak sihat die pulak yang tido tak mau bangon.Betuah betol! Seharian kami besantai mewah dirumah. Syurgaaaaa..

Harini aku dah sihat so keje la mcm biasa. Tadi baru dapat surat dari Wisma Putra pasal aku dah boleh buat passport. Yeayy dah boleh buat passport. Yeayy yeayy!! Aku dengan Kak Intan (PA yang akan posting Korea) dah eksaited nak arwah. Yelah dah kembang pongkok ni duduk saja kat sini. Dah dapat greenlight buat passport ni suka la dapat la keluar jalan-jalan atas tiket urusan rasmi. Kihkihkih. Tapi tengah-tengah kami eksaited tuptup kami dengar Kak Tibah(PT yang arrange kami) call wisma putra untuk inform yang kami nak datang sana urus passport bagai. Tapi dengan kewica tahap gaban kami still tak boleh buat passport lagi. Sebabnya kami tak attend course kat IDFR. Haritu JPA cakap kami tak payah pegi, rupanye Wisma dah wajibkan suro pegi jugak. Berpusing kepala woiii!!!!!

Gila pusing wehh.. Yela course tu seminggu lepastu pasangan pon kena attend sekali. Bagi tau last minit gini, dengan suami nak apply cuti dengan nak urus passport visa bagai dengan nak packing barang. Semua tu amik masa tu. Serabut otak comel aku ni. Sekarang ni PP sini nak deal dgn orang wisma, mintak kami dua dikelualikan sebab masa dah suntuk sangat. Harap-harap lepas la. Lega la sikit kan. Korang doa-doakan la jugak eh. Btw semalam Selangor menang! Go red giant go!!

Nota kaki: Jangan senang-senang ingat senang nak dapat posting ni. N bile dah dapat tu jangan senang-senang ingat sesenang je nak uruskan semua ni. Fizikal dan mentel kena kuat beb!

Friday 24 January 2014

Kejutan Budaya!!

:: Salam ::

Keletihan.
Kemengantukkan.
Kebosanan.
Keterujaan.
Kuss semangat!!

Fyi korang, aku sekarang telah ditempatkan di JPA, PUTRAJAYA!! iye Putrajaya!! Tempat paling aku lemah sekali. Lemah dari segi jalannye, parkingnye dan tempat-tempatnye. Esspeciallynye tempat shopping.  Yela dulu aku keje KL, mcm-mcm tempat aku merayap. Tapi tetap sogo jugak di hati, haa sekarang aku antara manusia yang akan menjadi pengunjung setia Alamanda tu.  

Sekarang aku bangon awal wehh.  Korang bayangkan la aku bangon seawal 5.30 pagi tapi tiap 5minit aku snooze sampai 5.45 pagi. hehe. Mandi siap-siap pakai baju amik wuduk, abis je azan, teros solat then teros bergerak ke Putrajaya dari KL.  Letih woii drive awal-awal subuh gitu. Tapi aku tak sangka jugak pukul 6lebih mcm tu pon dah banyak kereta. Aku ingat aku la manusia paling awal pegi keje. Ternyata aku silap beso. Pukul berapa tah dorang bangon tu kan. Drive pagi-pagi ni aku mmg duduk line kanan jela. Tekan minyak and pegang stereng kuat-kuat. 

Hari pertama aku lapor diri aku lewat. Tapi dimaafkan la sebab lapor diri belom dapat punch kad lagi, so ak nekad nak keluar awal sikit. Hari kedua pon aku lewat sebab aku pilih jalan MRR2!! Gila babeng jem!! Rasa nak menjerit kuat-kuat, stress duduk dalam kereta lama-lama. So aku plan nak tukar jalan esoknye. Syukur hari ketiga dan seterusnya baru la aku on time. Dah dapat bajet jalan mana yang oke and timing masa baik. Alhamdulillah.

Sampai je Putrajaya teros je parking mana petak kosong. Aku tengok kiri kanan kereta aku orang letak nombor telefon, aku pikir dorang ade buat jualan ke hape ke. Time nak balik, baru la aku tau fungsi letak nombor telefon tu, kereta kena blok!! bukan sebijik kete bukan jugak dua, tapi belapis-lapis aku kena blok. Elok aku nak chow sharp 4.30 dah delay. Kena la call satu-satu, dah call tu bukannye dorang turun cepat, amik masa jugak tu. Naseb la aku dilahirkan sebagai insan yang bersabar. cewahh. Now aku da tau port mana yang parking takkan diblok, yess!! cuma aku kena awal la. Kalo lambat aku la blok dorang pulak. mihmihmih. Sekarang aku rindu nak gi keje merempit dgn suami aku. 

Kat sini aku duduk kat admin. Kelompok yang ramai orang. So kalo dah ramai orang confirm la banyak ragam. Aku bukan jenis sombong tapi aku tak suka amik tau hal orang. Macam-macam peel dorang ni. Tapi bia la asal kan dorang bahagia and tak kacau aku. Kalo nak tengok aku mengaum kacau la yang bukan-bukan. Dah 2 minggu aku kat sini, boring tu jangan cakap la. Aku sekarang tengah buat attachment. Attachment tu means aku kena duduk setiap unit dalam bahagian ni utk tau serba sedikit ape keja dorang yang ada kaitan dgn keja aku nanti. So far Alhamdulillah la boleh la catch up sikit-sikit. 

Aku rindu tatin. aku rindu injun. aku rindu soping sama-sama dengan dorang. Asal gaji je kite mesti kua kan. Sekarang masing-masing dah jauh! Nangis!

Rindudududu :'(


Wednesday 22 January 2014

Hello 2014. Im Back!!

:: Salam ::
Jeng jeng jeng... im back guys im back!!! Yesza niesa, bangga la kau setahun lebih blog ko tak berusik. Konpem orang ingat ko da selamat bersemadi wahai blog. Kesian. Maapla blogku masham, aku tak busy pon cume kurang rajin je. mihmihmih.

Nak flashback cerita 2012 dan 2013 selaju The flash! Jommmm..

23 Nov 2012. Wehuuuuu im married!!! 
Malam Berinai. Tau tak baju berinai ni masih dalam lemari. Butik lupe nak amik n aku pon lupe nak pulang. Sedokah la jawapannye.

Outdoor bersanding ni buat kat Istana Negara Lama kebetulan aku keje kat situ. Kami pengantin pertama yg shoot situ tau. Jovian tu second ye.

Bridesmaids paling lawa penah aku jumpa!! i love u kawan!! ciom!
Bertandang. Pon outdoor kat dalam Istana Negara Lama. Kau mampooo??

Honeymoon kat Mabul Island, Sabah je pon
Dah kat Sabah tu kami transit la 2 malam kat KK. Dapat la jumpa anak buahku.
 Rasanye tu cerita 2012. Ending 2012 yang sangat bahagia. Bahagia gila wehh dapat suami. Rasa selamat sangat dah ada suami. walaupun suami aku tak sado tapi aku tetap rasa selamat. Sentiasa dilindungi. Oh suami, i love u so strong!! Padahal dah setahun kawen tapi baru nk review cerita. haha. kelaka kelaka.

Ok now nk review 2013 memories pulak. Jommmm

Start 2013 bawak anak buah n adik ipar jenjalan icity
kerokedail ai takut la!!

Yang ni pon aku dah tak tahan sejuk, apetah lagi yang akan datang tu. Frozennnn
Jenjalan sini pulak dalam bulan 3 2013. KOT

Lepas tu pi sini. Menyesal pakai shawl. Serabai!

Celebrate mai burfday kat sini. Heaven!! Tengs suami!
Penang pulak! surga makanan!! Bestttt!!
My family. Tapi sayang tak cukup korum lagi. n this 1st year as a wife! wink wink
Family suami
Hujung taun aritu kami ke Krabi. Aku mabuk laut terok weh!! Time ni tengah basuh baju kene muntah! muahahah
Yeayy tercapai naik gajah! imma happy girl!!
Dah la tu kan.. Aku sendiri pon meluat tengok aku buh banyak2 ape tah lagi korang. Haha. Semoga 2014 ni dapat jalan-jalan lagi sambil berusaha untuk dapat orang ketiga. Chaiyook!! Adios.